UMMI ADRIANA BEAUTY ( NS0174290-D )

FAIZABUNYAMIN

28 Februari 2017

PELBAGAI MANFAAT VITAMIN C YANG HEBAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Manfaat-manfaat Vitamin C yang Hebat.



Vitamin C adalah nutrien yang paling dikenali dan popular kerana penggunaannya yang meluas sebagai suplemen diet. Selama bertahun-tahun, Vitamin C semakin menjadi keutamaan bagi manusia. Ia adalah vitamin penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu di dalam badan kita kerana badan kita tidak menyimpan Vitamin C secara semula jadi. Ini bermaksud kita perlu mengambilnya secara tetap untuk menjaga tubuh kita agar sentiasa sihat. Namun begitu, apa sebenarnya yang dilakukan oleh
Vitamin C? Senarai di bawah menunjukkan beberapa manfaat
Vitamin C yang paling hebat.

1
Meningkatkan Imuniti



Pengambilan Vitamin C yang secukupnya melindungi badan kita daripada jangkitan dan mengekalkan tulang serta gigi yang sihat. Ia juga meningkatkan keupayaan badan kita untuk membaiki luka dan mencegah daripada bakteria, virus dan jangkitan.

2
Pulih dari Selsema dengan
 Lebih Cepat



Vitamin C mengurangkan kesan-kesan selsema yang teruk dan bertindak sebagai antihistamin yang berkesan untuk mengurangkan kesan selsema biasa yang tidak menyenangkan termasuk keradangan, hidung berair dan kesakitan. Ia mengurangkan tahap histamin dan kerap kali memendekkan tempoh mengalami selsema.

3
Peredaran Darah yang 
Lebih Lancar




Pembuluh-pembuluh darah yang tersumbat menyebabkan serangan jantung. Ini kerana pembuluh-pembuluh darah tidak diluaskan dengan cukup tetapi dengan bantuan Vitamin C, ia memastikan pengembangan pembuluh darah dengan betul, melindungi badan anda daripada pelbagai penyakit berkaitan jantung.

4
Mengurangkan Paras 
Kolesterol



Menghadapi masalah dengan kolesterol walaupun anda menjaga diet anda? Ia berkemungkinan anda mengalami kekurangan Vitamin C. Vitamin C dikatakan dapat meningkatkan penukaran kolesterol ke dalam garam hempedu yang boleh disingkirkan daripada badan dengan mudah.

5
Menghasilkan Kolagen



Vitamin C adalah satu komponen yang diperlukan untuk pengeluaran hidroksiprolina dan hidroksilisina, kedua-duanya diperlukan untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Kesannya adalah untuk memejal dan menegangkan kulit. Kolagen meremajakan kulit dari akar dan mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan.

6
Mempercepatkan 
Penyembuhan



Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak dan membantu menyembuhkan luka pada kadar yang lebih cepat. Luka yang sembuh secara perlahan menandakan kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan membantu mewujudkan tisu parut serta ligamen untuk pemulihan yang cepat.

7
Meningkatkan Pertumbuhan 
Rambut




Vitamin C adalah salah satu daripada nutrien yang paling berkesan untuk membantu menumbuhkan dan menguatkan rambut. Vitamin C membantu membina kolagen yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut. Ia juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kekuatan rambut dengan menyerap zat besi, mengekalkan rambut yang kuat dan sihat.

8
Memerangi Kelemumur 



Folikel rambut kita sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering lagi berkeping-keping. Ini boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat, dan juga menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria pada kulit kepala – ia mencegah kelemumur dan membantu untuk menghilangkan serpihan folikel dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

Sekarang anda sudah mengetahui manfaat Vitamin C, jadi mulalah mengambil Vitamin C secara harian untuk kesihatan, kulit dan rambut yang lebih baik. Pastikan anda mengambilnya dalam dos yang disyorkan!

Diadaptasi daripada:
www.stylecraze.com
Cosway Malaysia




27 Februari 2017

KARNIVAL BOOKCAFE BUAT PARA PENGGEMAR BUKU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Pagi ini , fiza mendapat jemputan daripada BOOKCAFE melalui email untuk KARNIVAL BOOKCAFE yang berlangsung pada 22-28 FEBRUARI 2017. KARNIVAL ni berakhir pada 28 FEBRUARI 2017, ( alahai tinggal esok jer nak grab untuk itu ... )


KARNIVAL BOOKCAFE

Macam-macam promosi buku di Bookcafe dengan diskaun untuk 300 tajuk buku yang ada.




Anda peminat atau penggemar buku bacaan ni bolehlah layari website SINI.

Fiza sekeluarga pun penggemar membaca buku ini. Jom kita bershopping menimba ilmu sama ada kekeluargaan, keagamaan , Al Quran , dan sebagainya.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
terima kasih.


24 Februari 2017

KEBAIKAN SURAH AL KAHFI SETIAP MALAM JUMAAT




Assalamualaikum 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam semoga terlimpah
kepada Rasulullah, keluarga dan para sahabat baginda.

Hari Jumaat merupakan hari yang mulia. Salah satu ibadah yang pelaksanaaannya
dilakukakan pada hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi.

Antara manfaat surah Al-Kahfi yang telah dijelaskan
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah untuk menangkal fitnah Dajjal.

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu 'anhu,
bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi,
maka ia dilindungi dari Dajjal.”

Yakni dari huru-haranya.

Selain itu, dari Abu Sa'id al-Khudri radliyallahu 'anhu,
dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka
dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul 'atiq."
(Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani
dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)



Imam Al-Syafi'i rahimahullah dalam Al-Umm menyatakan bahawa
membaca surah al-Kahfi boleh dilakukan pada malam Jumaat dan siangnya berdasarkan
riwayat tentangnya. (Al-Umm, Imam al-Syafi'i: 1/237)

Kredit buat

15 Februari 2017

LAGU KANAK-KANAK 2

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


LAGU KANAK-KANAK 1

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat.

 

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign