UMMI ADRIANA: seronoknya kalau dapat E-bike (Basikal Elektrik)

FAIZABUNYAMIN TABUNG

22 Mei 2015

seronoknya kalau dapat E-bike (Basikal Elektrik)

Assalammualaikum dan salam sejahtera...




Tetiba sahaja saya terfikirkan basikal moden sekarang ini... Teringin sangat hendak pakai basikal moden itu...Sebelum itu ppernah tengok jiran guna basikal moden tersebut... Tidak payah sangat penat mengayuh.. Tidak payah guna minyak petrol untuk mengisi tangki dan tidak payah keluar kan wang... Basikal itu Ada bateri jangka panjang..... Habis sahaja boleh dicaskan semula ... Kalau ada hari-hari boleh guna pergi kedai beli barang-barang keperluan dan menziarah keluarga di Pulau Sebang...

Tapi harganya boleh tahan guna apabila tanya Boss jual basikal moden itu ... Harganya hampir RM2500.


Taukeh kedai basikal menawarkan harganya dengan bayaran ansuran bulanan , " Kalau awak mahu , boleh bayaran ansuran."

Saya menjawab, " Boleh ke? "

Taukeh , " boleh ...."

Saya rasa gembira sangat...

" bayaran pertama RM +++...."

" Ok ... Nanti saya beritahu Semula..."




Kebaikan Basikal Elektrik

  1. Kos bahan api bagi bekalan elektrik adalah lebih kurang 25% daripada kos bahan api petrol (AS, pertengahan 2008)[2]
  2. Hampir senyap
  3. Pecutan lebih baik daripada motosikal konvensional pada kelajuan yang sama
  4. Sesetengah motosikal mempunyai bateri litium-ion boleh tanggal yang boleh dicas pada mana-mana soket 120/230V di luar motosikal
  5. Mesra alam (kerana tiada gas ekzos yang dihasilkan)
  6. Sesetengah negara memberi insentif seperti pengecualian cukai serta pengecualian bayaran parkir terhadap kenderaan elektrik
  7. Tidak perlu pergi ke stesen minyak—boleh dicas di rumah atau di stesen mengecas. Namun, menukar bateri adalah lebih pantas
  8. Boleh digunakan pada sistem kenderaan ke grid (V2G)
  9. Kurang kos penyelenggaraan serta kurang penyelenggaraan yang diperlukan
  10. Boleh ditunggang di dalam rumah (kerana tidak menghasilkan gas ekzos toksik seperti karbon monoksida)
  11. Lebih mampu milik daripada kereta elektrik
  12. Kebanyakan model tidak memerlukan penunggang menukar gear, memudahkan pengendalian
  13. Hidup segera, tidak perlu dipanaskan
  14. Haba yang terhasil pada motor elektrik adalah sangat kurang berbanding enjin pembakaran dalaman

Keburukannya :

  1. Kos permulaan boleh jadi lebih tinggi daripada motosikal atau skuter petrol, bergantung kepada jenis bateri yang digunakan
  2. Jarak perjalanan yang lebih pendek sebelum perlu dicas semula
  3. Masa mengecas yang lama
  4. Kelajuan maksimum yang rendah pada takat harga yang sama
  5. Jika ada pun, soket elektrik domestik biasanya terletak jauh daripada kawasan parkir, menyebabkan penghuni pangsapuri serta penunggang yang memparkir motosikalnya di bandar tidak dapat mengecas bateri motosikalnya
  6. Kapasiti bateri akan jatuh sehingga serendah 20% semasa musim sejuk pada suhu -20 °C. Kelemahan ini boleh diatasi dengan menggunakan bateri litium yang lebih tahan sejuk
  7. Keadaan motosikal yang senyap juga menyebabkan penunggang lebih sukar untuk dikesan oleh pemandu kereta dan lori; maka, ketiadaan bunyi bising enjin boleh menyebabkan penunggang motosikal elektrik lebih berisiko mengalami kemalangan berbanding penunggang motosikal petrol
  8. Bateri motosikal perlu dijaga walaupun semasa motosikal tidak digunakan

Tetapi Tidak mengapa, saya sudah pun membuat catatan buku IMPIAN saya supaya dapat memiliknya suatu hari nanti..



1 ulasan:

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign