UMMI ADRIANA: Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa

FAIZABUNYAMIN TABUNG

12 Jun 2015

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Anak-anak kita memerlukan perhatian sepenuhnya dari ibu bapa nya... Supaya mereka sentiasa mendapat perhatian dan kasih sayangnya dari ibu bapa. Kita sebagai ibu bapa tahu akan kemampuan dan kehendak mereka semua..

Antara petua tersebut agar mereka mengikut cakap ibu bapanya...:




1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.



2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.











3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.





4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".






5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.


RUQYYAH benteng pertahanan dalam keluarga anda





semoga ia memberi manfaat buat anda semua ...

sekian terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign