UMMI ADRIANA: Mei 2015

FAIZABUNYAMIN TABUNG

27 Mei 2015

SLINE PRODUK



Assalammualaikum dan salam sejahtera...







SLINE IBU PEJABAT


PENGENALAN



Alhamdulilah...


Tahniah dan Syabas! Anda telah membuat pilihan yang bijak dengan menyertai S LINE NETWORKS SDN BHD, sebuah syarikat yang akan bertanggungjawab dalam merealisasikan impian anda menuju puncak kejayaan. Pihak pengurusan dan para usahawan S LINE NETWORKS akan berganding bahu bagi memastikan wadah perjuangan dan matlamat yang ditetapkan mampu memberi impak besar kepada ummah. Perniagaan yang terbaik adalah perniagaan yang kita SUKA dan SERONOK untuk dijalankan serta MENGUNTUNGKAN dunia dan akhirat. Jika anda ingin melihat perubahan, bertindak dan lakukan perubahan yang anda inginkan. Tiada manusia yang gagal dalam kehidupan melainkan dia memilih untuk gagal dan kegagalan yang sebenar adalah kegagalan mencuba. Jika ada ingin melihat masa lalu, lihatlah keadaan sekarang. Jika anda ingin melihat keadaan masa depan, lihatlah apa yang anda lakukan sekarang. Kita sudah tiada masa. Jangan buang masa dengan hanya melihat peluang yang lalu di hadapan anda. Kita perlu berubah. Kaya, miskin, susah senang adalah PILIHAN kita sendiri.






SOLID WHITE
SOLID STEMCELL
SOLID PRINCESS FOR WOMEN
SOLID PRINCE FOR MEN
SOLID FACIAL SOAP
SOLID COFFEE 
SL BEAUTY 

*** sila klik link seperti diatas untuk lebih lanjut lagi...





share link :




22 Mei 2015

Isterinya Amat Menyayangi Suaminya

Asslammualaikum dan salam sejahtera...

Mari kita ambil pengajaran di sebalik cerita tersebut...
Saya pun mengalir air mata bila membaca coretan itu dari seorang ISTERI yang bai dan solehah untuk SUAMINYA tercinta lagi tersayang. Si ISTERI macam-macam buat untuk tarik minat SSI SUAMINYA supaya menjaga pandangan pada orang lain...

Notifikasi Whatsapp. Lelaki awal 30-an itu buka dan lihat. Oh, mesej dari isterinya.
Akhir-akhir ini, hampir setiap hari isterinya hantar gambar-gambarnya. Tak kiralah waktu di pejabat, waktu keluar dari rumah. Ke mana saja dia pergi, pasti isterinya itu akan hantar gambar.
Genaplah dua bulan isterinya berperangai begitu. Lelaki itu rasa, sebagai suami dia patut bertanyakan isterinya. Sebab, dia dah penat delete gambar-gambar yang memenuhi galeri henfonnya.
"Awak dah kenapa sebenarnya?
Setiap hari mesti awak hantar gambar. Lepas hantar gambar, awak suruh saya komen pula. Bila saya tak komen, awak merajuk. Bila saya kata tak lawa, awak merajuk lagi teruk.
Lima tahun kita kahwin, awak tak pernah macam ni. Awak ada masalah ke?"
Isterinya itu diam. Duduk depan suaminya. Kemudian, membalas ringkas,
"Kenapa, abang tak suka ke?"
Suaminya itu mood tak berapa elok. Dijawabnya secara terus,
"Rimaslah. Masa dekat pejabat pun nak hantar gambar. Awak tak payah hantar gambar pun takpe.
Kita dah kahwin, kan? Abang boleh balik tengok sendiri isteri abang ni di rumah.
Ni awak hantar macam-macam pesen gambar. Awak hantar gambar awak mekap tebal, gambar awak lukis kening tebal, mekap gaya Korea. Lepas tu, buat macam-macam gaya rambut. Panjang, pendek, ikal mayang, kerinting, rebonding semua awak buat.
Pakaian, semua awak try dari jeans, t-shirt budak-budak sampailah baju-baju model dalam Instagram tu semua awak nak beli, pakai dan tunjuk dekat saya.
Tu tak sebut lagi jenis tudung yang awak try. Belit tak belit, satin tak satin semua ada.
Kenapa jadi macam ni?
Abang tak ada mengurat sesiapa pun."
Isterinya itu terus menangis. Dengan air mata berlinangan, dia berkata,
"Saya buat semua ini untuk abang. Untuk jaga mata abang.
Bukan saya tak tahu, abang di pejabat abang online Facebook, online Instagram, layan Twitter. Saya nampak status-status abang update. Saya nampak gambar-gambar yang abang like.
Abang memang tak mengurat. Tapi, abang tak jaga mata abang. Abang tengok gambar-gambar wanita gedik di media sosial. Abang cuci mata puas-puas seperti abang seorang bujang.
Jadi, saya belanjakan sebahagian duit gaji saya untuk berhias. Saya tak berhias di luar rumah, saya cuma pakai di dalam rumah. Abang suka tengok wanita pakai ketat-ketat, saya pun boleh pakai. Abang suka tengok wanita-wanita jual tudung, saya pun boleh gayakan tudung sebagaimana mereka. Abang suka yang melukis kening, saya pun boleh. Abang suka yang berkulit putih melepak, saya pun dah consume ubat kecantikan sampai dah jadi putih gebu untuk abang. Abang suka tengok yang berpurdah, saya berpurdah untuk abang.
Saya tak mampu nak suruh semua wanita di media sosial itu berhenti bergedik, berhenti berlumba menayangkan kecantikan masing-masing. Berhenti dari bertabarruj. Berhenti jadi cantik demi populariti dan hurungan mata lelaki.
Saya cuma mampu jaga suami sendiri. Mata suami saya."
Suaminya itu tersentak mendengar jawapan si isteri. Dia terasa hati dan bangun dari tempat duduk, tapi segera diraih tangannya oleh isterinya.
"Maafkan saya.
Cita-cita abang dulu sebelum nikah adalah untuk ke Jannah. Ada isteri solehah. Inilah yang saya cuba lakukan untuk abang. Saya tak dapat jadi isteri solehah bila saya biarkan saja suami sendiri menjamu mata dengan melihat yang haram.
Sedangkan dia ada yang halal. Ada yang sah.
Abang, saya tak mampu sentiasa cantikkan diri untuk abang. Suatu hari, saya akan menjadi wanita tua berusia. Kulit saya akan kusam dan berkedut. Hidung saya akan sedikit jatuh, kelopak mata akan layu.
Maka, lihatlah saya ketika saya masih mampu cantik untuk abang.
Dulu, abang pilih saya sebagai isteri dan abang kata sayalah yang paling cantik di mata abang.
Jika saya yang tercantik di mata abang, buktikan dengan setiakan mata abang pada yang satu ini.
Bila suatu hari nanti saya dah tak lagi terlihat cantik di mata abang, mohon ada sedikit ruang dalam mata hati abang untuk masih menghargai diri ini.
Pada saya seorang wanita, sebagai isteri abang, hanya suaminya sahajalah yang teristimewa di mata.
Tiada lagi lelaki selainnya."
Isterinya itu menitiskan air mata sambil menyalami tangan suaminya. Lelaki itu mulai menyedari silapnya;
Nafsu mata tiada sudahnya. Imanlah jadi tembok tingginya. Isteri solehahlah pengawalnya.
Mata lelaki, walau sudah bernikah, bila selalu dibiarkan, akhirnya kamu para isteri yang akan terbiar dan dibiarkan. Bila tiada siapa mahu menjadi penjaga, maka syaitanlah yang akan mengambil tempatnya.



Bukan hati saja perlu setia.
Mata pun sama.
~ Karya Muhammad Rusydi ~



Begitu lah kisahnya... jadi Suami hargainya Isteri dengan seadanya...



seronoknya kalau dapat E-bike (Basikal Elektrik)

Assalammualaikum dan salam sejahtera...




Tetiba sahaja saya terfikirkan basikal moden sekarang ini... Teringin sangat hendak pakai basikal moden itu...Sebelum itu ppernah tengok jiran guna basikal moden tersebut... Tidak payah sangat penat mengayuh.. Tidak payah guna minyak petrol untuk mengisi tangki dan tidak payah keluar kan wang... Basikal itu Ada bateri jangka panjang..... Habis sahaja boleh dicaskan semula ... Kalau ada hari-hari boleh guna pergi kedai beli barang-barang keperluan dan menziarah keluarga di Pulau Sebang...

Tapi harganya boleh tahan guna apabila tanya Boss jual basikal moden itu ... Harganya hampir RM2500.


Taukeh kedai basikal menawarkan harganya dengan bayaran ansuran bulanan , " Kalau awak mahu , boleh bayaran ansuran."

Saya menjawab, " Boleh ke? "

Taukeh , " boleh ...."

Saya rasa gembira sangat...

" bayaran pertama RM +++...."

" Ok ... Nanti saya beritahu Semula..."




Kebaikan Basikal Elektrik

  1. Kos bahan api bagi bekalan elektrik adalah lebih kurang 25% daripada kos bahan api petrol (AS, pertengahan 2008)[2]
  2. Hampir senyap
  3. Pecutan lebih baik daripada motosikal konvensional pada kelajuan yang sama
  4. Sesetengah motosikal mempunyai bateri litium-ion boleh tanggal yang boleh dicas pada mana-mana soket 120/230V di luar motosikal
  5. Mesra alam (kerana tiada gas ekzos yang dihasilkan)
  6. Sesetengah negara memberi insentif seperti pengecualian cukai serta pengecualian bayaran parkir terhadap kenderaan elektrik
  7. Tidak perlu pergi ke stesen minyak—boleh dicas di rumah atau di stesen mengecas. Namun, menukar bateri adalah lebih pantas
  8. Boleh digunakan pada sistem kenderaan ke grid (V2G)
  9. Kurang kos penyelenggaraan serta kurang penyelenggaraan yang diperlukan
  10. Boleh ditunggang di dalam rumah (kerana tidak menghasilkan gas ekzos toksik seperti karbon monoksida)
  11. Lebih mampu milik daripada kereta elektrik
  12. Kebanyakan model tidak memerlukan penunggang menukar gear, memudahkan pengendalian
  13. Hidup segera, tidak perlu dipanaskan
  14. Haba yang terhasil pada motor elektrik adalah sangat kurang berbanding enjin pembakaran dalaman

Keburukannya :

  1. Kos permulaan boleh jadi lebih tinggi daripada motosikal atau skuter petrol, bergantung kepada jenis bateri yang digunakan
  2. Jarak perjalanan yang lebih pendek sebelum perlu dicas semula
  3. Masa mengecas yang lama
  4. Kelajuan maksimum yang rendah pada takat harga yang sama
  5. Jika ada pun, soket elektrik domestik biasanya terletak jauh daripada kawasan parkir, menyebabkan penghuni pangsapuri serta penunggang yang memparkir motosikalnya di bandar tidak dapat mengecas bateri motosikalnya
  6. Kapasiti bateri akan jatuh sehingga serendah 20% semasa musim sejuk pada suhu -20 °C. Kelemahan ini boleh diatasi dengan menggunakan bateri litium yang lebih tahan sejuk
  7. Keadaan motosikal yang senyap juga menyebabkan penunggang lebih sukar untuk dikesan oleh pemandu kereta dan lori; maka, ketiadaan bunyi bising enjin boleh menyebabkan penunggang motosikal elektrik lebih berisiko mengalami kemalangan berbanding penunggang motosikal petrol
  8. Bateri motosikal perlu dijaga walaupun semasa motosikal tidak digunakan

Tetapi Tidak mengapa, saya sudah pun membuat catatan buku IMPIAN saya supaya dapat memiliknya suatu hari nanti..



21 Mei 2015

KASIH SAYANG SEHINGGA KE PINTU SYURGA

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


KAsih sayang seorang IBU amat tidak dinafikan... Kasih sayang Ibu sampai ke SYURGA...
SYURGA bagi seorang tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan... SYURGA ANAK TERLETAK DIBAWAH KAKI IBU BAGI ANAK PEREMPUAN YANG BELUM BERKAHWIN. TAPI ISTERI SYURGANYA DI BAWAH TELAPAK KAKI SUAMIINYA.



Kisah sesorang di dalam cerita tersebut:


Ketika  Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

 "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, ya Allah ???"

 Allah menjawab ,"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap yang telah aku ciptakan untuk wanita?"

 Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

 Malaikat menjawab dan takjub, "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

 Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "ya Allah , kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

 "Untuk apa???", tanya malaikat.

Allah melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

 Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

 Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

 Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya.

 Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

 "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

 "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

 "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

 "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

 "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

 "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

 "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

 Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." "CINTANYA TANPA SYARAT."

 *Allahuakbar... specially dedicated to Ibu. Ibu disana dan Ibu disini. Istimewanya seorang ibu, dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita.






20 Mei 2015

SAYA INGIN BERJAYA

Assalammualaikum dan salam sejahtera ...

Apa khabar semua...???
Harap semua SIHAT-SIHAT HENDAKNYA...
ALHAMDULILAH...

Di pagi yang aman dan tenteram ini , ALLAH swt telah memberikan PELUANG untuk hidup dengan lebih baik dari semalam dan hari - hari seterusnya...

Sejak malam tadi , saya tidak boleh melelapkan mata kerana masih mencari-mencari untuk teruskan penulisan blog ini untuk lebih baik lagi... Saya banyak membaca untuk memotivasikan diri untuk meningkatkan potensi diri yang lebih aktif... 

saya masih teringat-ingat ayat tuan WARIE TMUZI di dalam FACEBOOKnya itu, saya copy and paste ayat tersebut saya sebagai pembakar semangat saya :

"Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
↓↓↓
Cakap pada diri anda

"Beginilah permulaan saya , dari Kejayaan itu bermula saya ,

Alhamdulillah , permulaan pertama kejayaan yang dapat saya merasai nikmat hidup daripada Maha Pencipta ."

"Setiap permulaan kejadian ada prosesnya , tak ada lagi yg saya dengar hari ini kawin esok dah ada anak , 

Now..
Sebut nama anda

.................................
Use FEEL..ENERGY ,
HIGH PEAK STATE.

↓↓↓↓↓↓

............... ,kau pun sama, ........... dalam proses mencapai apa yg mahu dicapai,
Is not what ............. dah belajar tetapi
adalah dengan apa yang .................
telah buat sejak dulu lagi.

" EVERYTHING WILL COMING TO THE PLACE" .

================================ "


Lalu saya , sebut nama saya dengan penuh semangat :
SITI NORHAIFIZAH , KAU PUN SAMA SITI NORHAIFIZAH DALAM PROSES MENCAPAI APA YANG MAHU DICAPAI , IS NOT WHAT SITI NORHAIFIZAH DAH BELAJAR TETAPI ADALAH DENGAN APA YANG SITI NORHAIFIZAH TELAH BUAT SEJAK DULU LAGI..

SEJAK AKHIR2 SAYA SUKA PANGGIL NAMA PENUH SAYA... SEMAKIN BERSEMANGAT BILA NAK BUAT SESUATU... THINK POSITIVE ALWAYSSS... AUMMMM...





Pantun Pemberi semangat... Dalam bentuk pantun rangkap Jawa:

Nek nguyu rai ne ayu
Nek senyom rai ne anom

Nek melaku ojo melayu


Alon Alon Ben klakon


Terjemaahan pantun tu adalah:


'Maksud pantun nenek tu sungguh indah... Di selalu memujuk bila acik merajuk x nak buat kerja.. Memasak contohnya..muka akan masam mencuka sebab masih penat Baru sampai umah pas balik Dari sekolah...tu lah Cara nenek memujuk sambil tersenyum...




Kalau ketawa( nek nguyu) wajah jadi ayu( rai ne ayu)
Kalau senyom( nek senyum) wajah jadi muda( rai ne anom)
Kalau berjalan( nek melaku) jangan berlari( ojo melayu)
Alon Alon(pelan pelan) Ben klakon) supaya menjadi...jgn gopoh...atau tak iklas... Motivate... Utk anak dia... "

maksud penuhnya:

<<<
Kalau ketawa wajah akan bertambah ayu
Kalau senyum wajah menjadi betambah muda 
Kalau berjalan jgn deras sangat macam berlari
Buat perlahan lahan jgn gopoh gapah supaya hasilnya berjaya.>>>>

tak kisah lah keadaan kita masa tu macamana .. tgh sedih ker? Tgh merajuk ker?
Sungguh indah dan lembut percakapan dialek JAWA TERSEBUT...
ALANGKAH RUGINYA X MEWARISINYA ...
Untuk motivate diri sendiri....
Terima kasih...




Zikir Pembuka REZEKI-NYA

Assalammualaikum dan salam sejahtera ...





7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah

Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

 Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan  menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur
 (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi  Subhanallahil adziim .

 Dari setiap Kalimat itu  seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada  ALLAH Ta’ala sampai  hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu  diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:

Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika  masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya  
(HR. AtTabrani)


5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah  setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi  Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku  satu kali Selawat maka ALLAH akan  membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu  Syaibah…al-Bazzar….Ibnu  Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR

Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya  ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala  Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah  yang tidak diDuga-Duga”
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…  yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka  Turunkanlah.  Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah.  Jika sedikit maka Banyakanlah.  Jika banyakmaka BERKATI LAH agar
 Kami  dapat  menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN  &  KEDHAIFAN. YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.  Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....



ZIKIR HARIAN 


SEBARKANN...

19 Mei 2015

Allah tidak pernah JAUH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Mohon lah Pandangan Dari ALLAH swt
Bercinta Lah dengan ALLAH swt

Kekadang saya rasa " happy" sangat.
Kekadang saya rasa " down " sangat
Kekadang saya rasa " nak menangis " sangat.

.......................

TAPI SEKARANG SUDAH TAHU APA DIA?

SAYA ADA KEKUATAN ITU DATANG DARI-NYA.... KEREDHAANNYA ADALAH  KEREDHAANMU
DIA BUAT MACAM TU UNTUK MENGUJI KESABARANKU...
DIA USIK HATI SAYA... DIA RINDU KAN SAYA
ADAKAH SAYA SENTIASA INGAT PADA-NYA...?
ADAKAH SAYA RINDUKAN DIA? 






SETELAH ITU BARU SAYA SEDAR BETAPA JAUHNYA SAYA DENGAN-NYA...
ALHAMDULILAH SEMAKIN HARI SEMAKIN DEKAT DENGAN-NYA ... 
DIA SAYANGKAN SAYA RUPANYA....
DIA RINDUKAN SAYA JUGA...
SEMUA ITU SUDAH TERATUR DAN TERTULIS DALAM " BUKU RUTIN HARIAN -NYA"





DIA IZIN KAN APA YANG SAYA SUKA LAKUKAN.... DIA IKUT RENTAK SAYA APA YANG SAYA SUKA BUAT.... TIDAK KISAH APA SAHAJA YANG JUA SAYA MAHUKAN... JANJI DIA SELALU ADA BERSAMA...
DIA ADA DALAM HATI SAYA JUGA...
TERIMA KASIH YA ALLAH...


saya dan keluarga

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semuanya? Alhamdulilah... Harap semuanya sihat-sihat HENDAKNYA...




Senyuman itu sungguh menarik perhatian saya hingga sekarang...

Ahamdulilah.... semuanya sedang gembira bersama keluarga saya ... Saya tetap bersyukur kerana ALLAH telah memberi kan KEKUATAN untuk mengecapi kebahagiaan itu... Tanpa DUGAAN tersebut saya tidak tahu setakat mana perjalanan kehidupan bersama keluarga cinta... ( sambil menaip ini hati saya menangis tanda kegembiraan ... )

Bila melihat anak-anak dan cik suami gembira , hati  saya sering gembira dan terharu bila memperolehi cik suami yang baik semasa berkenalan dengan beberapa tahun yang lalu... Cik suami adalah " Pelangan tetap " semasa membuat servis kereta di bengkel kereta... 

Saya masih teringat pandang yang sungguh menakjubkan dengan menyebut nama saya ketika itu , hati saya begitu berdebar.. Pemikiran saya ketika itu, " Kenapa si dia ini menyebut namaku sungguh lancar sekali". Sejak itu lah cik suami sering mengambil saya pergi dan pulang dari kerja.. itu lah kerja cik suami menjadi DRIVER tanpa bayaran... cik Suami sanggup buat apa sahaja...

Sekarang saya dan cik suami rasa gembira sekali... Terima kasih Ya ALLAH... 

Ya Allah, jadikanlah saya ISTERI NYA dan IBU kepada ANAK-ANAKNYA yang DI RAHMATI,
jadi kanlah saya ISTERINYA yang sentiasa ada di dalam hatinya , 
jadikanlah saya ISTERINYA yang menjadi TULANG BELAKANGNYA bila dia kesedihan dan berduga...
jadikanlah ISTERINYA yang sentiasa DIRINDUI selalu 
Ya Allah , perkenankanlah doaku untuk keluargaku...

Amin Amin Amin YaRABBAL ALAMIN...




ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign