UMMI ADRIANA: KUIH DANGAI

FAIZABUNYAMIN TABUNG

19 April 2016

KUIH DANGAI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Akhirnya jumpa juga resepi kuih kegemaranku sejak kecil. Last makan sebelum arwah nenek buatkan. Itu lah kali terakhir menjamahnya kuih tersebut.

Kalau tidak silap saya Lah.. Kuih tersebut orang Jawa makanannya. Kalau salah saya minta maaf ye... ( hihihi )

Oklah hari ini , ini lah kali pertama saya mencuba semula resepi kuih itu:

Not bad rasanya :


 Kuih Dangai 

Bahan-bahannya:

3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus

Cara-cara Membuatnya:

1.  Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan

2.  Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam 
     dan gaul rata.  Pastikan kelapa tidak berketul-betul.

3.  Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.

4.  Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu 
      dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.

5.  Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.

6.  Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata,   ianya tidak perlu ditekan.

7.  Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan...

Siap untuk hidangan Sekeluarga
Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang

Selamat Mencuba :) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign