UMMI ADRIANA: RASA GEMENTAR UNTUK ITU

FAIZABUNYAMIN TABUNG

17 Mei 2016

RASA GEMENTAR UNTUK ITU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Semakin Hari semakin berdebar untuk berpindah ke rumah baru. Rumah yang menjanjikan segala kemungkinan sentiasa aman dan bahagia tanpa gangguan orang ketiga. Sudah bertahun , memujuk cik Suami untuk membeli rumah untuk anak-anak bebas berlari dan bermain serta hidup berdedikari.


Alhamdulilah, tinggal menandatangani Surat perjanjian tersebut antara cik Suami dan peguam. Ya Allah permudahkan segala urusan kami nanti.


Dalam perancangan perpindahan ke rumah baru sebelum Hari Raya Aidilfiltri 1437h /2016 ( Julai ). RUMAH TERSEBUT ADALAH RUMAH TERES SETINGKAT sahaja iaitu TAMAN BANDAR UTAMA TAMPIN, NEGERI SEMBILAN sepertimana saya blogkan sebelum ini. 




Ini Lah tempat kediaman kami sekeluarga akan datang 



Sekarang ini saya tengah mengemas apa yang patut untuk dibawa pindah ke Sana nanti. Saya sekeluarga bertungkus lumus untuk itu. Masa itu , saya sekeluarga kena mengemas , mencuci lantai, memasang wiring elektrik, membersihkan kawasan luar dan dalam di tempat kediaman tersebut. Dan macam-macam lagi untuk diuruskan di Bulan Ramadhan Kali ini cukup menguji kesabaran dan ketabahan hati ketika itu. Hanya Allah swt yang mengerti perasaan kami pada Saat itu.


Saya akan mengupdate semula tentang SINI RUMAH BARU itu dari masa ke semasa...


Doakan kami sekeluarga...



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.mesti x sabar nak masuk rumah baru kan?teruja sgt.pastu enak cat,deco,beli perabot,psg kipas,ekon,kabinet dapur.kan..kan..kan?xpe..rumah teres pun rumah jugak.janji rumah kita.better beli rumah awal,makin lama harga rumah makin mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam... Iye rumah pertama untuk kami sekeluarga ...:-)

      Padam

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign