UMMI ADRIANA: KEK ABAM BUNYAMIN

FAIZABUNYAMIN TABUNG

15 Jun 2016

KEK ABAM BUNYAMIN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....


Kisah petang semalam ... Buat dalam masa satu jam sahaja untuk menghidangkan hidangan berbuka puasa.

Saya Sambil masak sambal kerang, sup sayur, ikan goreng...

Sambil tu juga tangan ini buat adunan sebiji kek simple jer

Ni sahaja yang tinggal ... Yang setengah lagi sudah dimakan oleh Abam Bunyamin.

Saya namakan kek tersebut KEK ABAM BUNYAMIN





Resepi:

Bahan A

1cawan planta
1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula ( nak kurangkan gula pun bole)
1/2 cawan susu sejat.
2 biji telur saiz B
1 camca perisa vanilla
1 camca ovelet

( bahan diatas saya blend dengan blender , malas nak pukul adunan)

Sediakan pulak:

2 cawan tepung gandum
1 camca baking powder
1 camca baking soda

( campurkan sekali bahan diatas , ayak)

Masukkan bahan A ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit demi sedikit tepung. Sebatikan adunan tersebut.

Kemudian masukkan perisa seperti serbuk nescafe  atau serbuk coklat.

Masukkan Pulak dalam Loyang 4 segi oles kan sedikit planta dalam Loyang trsebut.

Bakar selama 40 minit 190'c ikut Lah oven masing2 ye.. Jangan Pulak terhangus keknya...

Selepas itu Boleh dihidangkan...

Selamat mencuba....


Cik Suami hairan lalu bertanya, " Sekejap je buat kek ? Pastu siap sekali lauk nasi untuk berbuka."

Si Abam Bunyamin menunggu depan oven hingga keknya masak...

Saya cuma senyum sahaja.


< BACA INI JUGA > 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign