UMMI ADRIANA: TERDENGAR SUARA ITU MEMANGGIL

FAIZABUNYAMIN TABUNG

10 Jun 2016

TERDENGAR SUARA ITU MEMANGGIL

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Kisah sebelum bangun dari tidur untuk bersahur pagi tadi. Terdengar suara yang memanggil yang cukup kenal di dalam tidurku tadi.

" Along..." , suara itu memanggilku.

" Bangunlah... Waktu dah nak abis ni!"

Saya masih lagi berlingkar di atas katil masa itu. 

Macam-macam bunyi di dapur. Bunyi siulan air masak mendidih. Bunyi lagaan senduk dan kuali. Ketukkan lesung batu. Bau aroma menumis bahan-bahan. Semuanya ada. Tidak menahan untuk mendengarnya. Kalau Boleh satu blok tahu suara itu. Semuanya nak dikejutkan. 





Lantas saya pun bangun dari tidur. Bangun tengok sekeliling dalam bilik. Gelapnya. Tengok anak-anak masih tidur. Rupa-rupanya saya bermimpi. Suara yang memanggil itu datang dari Mimpi. Aduh... Rindunya suara itu. Rasanya nak saja balik ke rumah mak yang sedang memanggil dari kejauhan yang berpuluh-puluh kilometer dari sini. Walaupun hanya dalam mimpi.


TIP
Sekian.
Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign