UMMI ADRIANA: KEK

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label KEK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK. Papar semua catatan

15 Jun 2016

KEK ABAM BUNYAMIN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....


Kisah petang semalam ... Buat dalam masa satu jam sahaja untuk menghidangkan hidangan berbuka puasa.

Saya Sambil masak sambal kerang, sup sayur, ikan goreng...

Sambil tu juga tangan ini buat adunan sebiji kek simple jer

Ni sahaja yang tinggal ... Yang setengah lagi sudah dimakan oleh Abam Bunyamin.

Saya namakan kek tersebut KEK ABAM BUNYAMIN





Resepi:

Bahan A

1cawan planta
1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula ( nak kurangkan gula pun bole)
1/2 cawan susu sejat.
2 biji telur saiz B
1 camca perisa vanilla
1 camca ovelet

( bahan diatas saya blend dengan blender , malas nak pukul adunan)

Sediakan pulak:

2 cawan tepung gandum
1 camca baking powder
1 camca baking soda

( campurkan sekali bahan diatas , ayak)

Masukkan bahan A ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit demi sedikit tepung. Sebatikan adunan tersebut.

Kemudian masukkan perisa seperti serbuk nescafe  atau serbuk coklat.

Masukkan Pulak dalam Loyang 4 segi oles kan sedikit planta dalam Loyang trsebut.

Bakar selama 40 minit 190'c ikut Lah oven masing2 ye.. Jangan Pulak terhangus keknya...

Selepas itu Boleh dihidangkan...

Selamat mencuba....


Cik Suami hairan lalu bertanya, " Sekejap je buat kek ? Pastu siap sekali lauk nasi untuk berbuka."

Si Abam Bunyamin menunggu depan oven hingga keknya masak...

Saya cuma senyum sahaja.


< BACA INI JUGA > 






4 Januari 2016

KEK BATIK BROWNIES

Assalammualaikum
Salam sejahtera...


KEK BATIK BROWIES



Bahan-bahan;

250gm packet milo
1 tin susu cair
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie
kacang yang telah di blend kasar2

untuk topping resepi sama dengan brownies princess

Cara-cara;

masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)

cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil .kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min) ,bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie pastu terus angkat .

masukkan ke dalam loyang selang seli kan dengan kacang dan mampatkan pastu, letakkkan topping coklat di atsnya kemudian sejukkan.

Selamat Mencuba .

Jom share resepi ni  (y)
kalau nak share sila komen dahulu dibawah ye sebelum share mohon kerjasama terima kasih

****Psssttt, terima kasih sudi baca.

**** save dulu ye....

3 Disember 2015

KEK GULA HANGUS

Assalammualaikum
Salam sejahtera....

Alhamdulilah...


Minum petang tadi...




Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan :

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Menyediakan:

1. Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.

2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.

3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.

4. Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.

5. Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.

6. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.

7. Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.

8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.

9. Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan adunan ini selama
3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.

10. Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 °c. (api bawah)

selamat mencuba :)

Sekian.
Terima kasih....


ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign