UMMI ADRIANA: RESEPI

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

6 Januari 2018

KUPANG MASAK BEREMPAH KARI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

KUPANG MASAK BEREMPAH KARI


Menu makan malam KUPANG MASAK BEREMPAH KARI

BAHAN2 :

BAWANG MERAH
BAWANG PUTIH
CILI KERING ( 1/2 SUDU sahaja )
SERBUK KARI ( 3 SUDU BESAR )
SERAI SEBATANG
DAUN KARI
Minyak masak 2 sudu besar
Garam


Cara-cara memasak:

Mix kan semua bahan-bahan di atas
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tadi sehingga naik baunya n pecah minyak
Kemudian masukkan kupang n sebatikan bersama bahan-bahan tumis tadi. ( tidak perlu masuk air ye sebab kupang tersebut akan airnya sendiri)
Masukkan garam secukup rasa.
Setelah masak hidangkan bersama nasi panas.
.

( Tapi fiza ada masukkan sikit sayur daun keledek dan daun belalai gajah dalam menu tersebut 😊😊😊😊 )
.

Selamat mencuba ...
.
Resepi simple sahaja...
.
#UmmiAdrianaBeauty
#Resepi
#Menu
.
😊😊😊😊😊
😋😋😋😋😋

Sekian.
Terima kasih







12 November 2017

KEK KUKUS HIJAU BUAT ABAM DARWISH DAN ALYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Sejak akhir-akhir ni , cuaca selalu tidak mengizinkan pergi ke mana-mana. Jadi duduk di dalam rumah sahaja. Apabila ada di dalam rumah ini , macam-macam perut ini hendak makan. Asik lapar sahaja ... Apa lagi fiza pun tengok lah apa yang ada di dalam almari kabinet ini. Ada tepung , minyak masak , telur dan lain-lain

Ok semua bahan semua dah ada fiza pun mulakan kerja fiza membuat kek simple jer.

Ni lah , rupa kek hijau fiza berkukus





1 cawan minyak masak
1 cawan gula
2 sudu besar susu pekat ( mix kan ngan 1/2 cawan air masak )
Pewarna hijau
Perasa vanilla
Telur 3 biji saiz B
1 buah Tamar
2 keping biskut cracker

Cara membuatnya :
Masukkan Minyak masak , telur , gula , vanilla , pewarna hijau , Tamar , biskut ke dalam blender. Blend sampai sebati adunan nya tu.
Kemudian tuang kan keatas tepung tadi... Adunkan ngan senduk sehingga sebati.
.
Kukuskan ke dalam pengukus yg sedang mendidih airnya..
Kukus sehingga masak.. Dalam 45 minit.
.
Ok tu jer.
Selamat mencuba
#Resepi
#UmmiAdrianaBeauty






11 November 2017

SAMBAL GARING CHE NOR NO 1 DALAM FAMILI FAIZA KINI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Pertama kali fiza mengenali Sambal Che Nor daripada kakak sepupu fiza duduk di senawang ...setiap hari fiza teringin sangat hendakkan Sambal Che Nor yang menjadi mulut orang di laman sosial Facebook tahun lepas.

Semalam , Fiza pergi ke rumah kakak sepupu fiza panggilnya KakLong Wati... beliau ini banyak sangat produk-produk yang diniagakan atas permintaan kekawannya disekitar Taman perumahan beliau. Ada sahaja produk-produk yang dijualnya seperti suplimen , fleur air freshener , makanan sedia untuk dimakan seperti Sambal Che Nor dan juga serunding daging. Dalam diam-diam juga beliau ni pun rajin membuat ais krim Malaysia. sampai tak menang tangan beliau ni.

Baiklah berbalik pada Sambal Che Nor ni. Ramuan di dalam sambal tersebut seperti :


Sambal Garing Che Nor



MENU SARAPAN PAGI TADI

Alhamdulilah... pagi yg cerah... matahari caantik sesangat pagi ni...
.
Da sarapan ker?
Pagi tadi Abam Darwish  minta lempeng katanya lapar sesangat..
So umminya dok membuat lempeng tu mix sikit ngan telur...
.
Alamak lupa lah pulak cicah bersama#SambalGaringCheNor sedap pedas ranggup ...


MAKAN TENGAHARI pulak , CIK HUBBY MINTA BUATKAN BUBUR NASI KOSONG...
Apa lagi fiza pun terus tanak nasi tu.... Belum sempat nak hidangkan di atas meja.... 
Katanya , 
" Tak sabar dah perut ni tengok bubur nasi tengah panas2 dan ada pula #SambalGaringCheNor n tambah sikit kicap masin.." 

Alahai cik hubby gitu rupanya... cik  hubby fiza tu memang pantang jumpa samabal garing macam ini ..kalau boleh cik hubby boleh habiskan dalam masa terdekat ...jenuh jugak membuat sambal seperti itu...



MAKAN BERSAMA DENGAN NASI GORENG.


SAMBAL GARING CHE NOR ini pedas , ranggup, lemak masin dan garing itu lah yang menjadi santapan buat seisi famili Fiza kini.



RAMUANNYA:

1. BAWANG BESAR 
2. CILI KERING 
3. IKAN BILIS 
4. GARAM
5. MINYAK MASAK
6. PERASA YANG DIBENARKAN


harga per unit termasuk GST 6% = RM 11 ( Semenanjung ) , RM 14 ( SS )


OKLAH , sampai di sini sahaja ..nanti Inshaa Allah Fiza update lagi..




ingin tau lagi pasal KLIK JER SAMBAL GARING CHE NOR 




Lelain



sekian
Terima Kasih











19 Jun 2017

LODEH BERKICAP AKA KACANG PANJANG BERSOOHOON

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

25 RAMADHAN 1438H

MENU HARI NI :

LODEH BERKICAP A.K.A KACANG PANJANG BERSOOHOON



Resepinya adalah seperti berikutan:

Bahan2 nya :

( A )
Bawang besar 
Bawang putih
Cili besar hijau n merah
Ikan bilis
Sedikit belacan ( jika anda suka Boleh letakkab sekali )
( bahan-bahan ini dipotong )


( B ) 
Tempe
Tauhu
Ubi kentang
( dipotong dadu dan digoreng terlebih dahulu )


( C ) 
Tauhu pucuk
Soohoon
Kacang panjang


( D ) 
Kicap ( ikut rasa anda sendiri )
Garam secukup rasa
Sos tiram 
Air asam jawa

Cara-cara memasak

Masukkan 2 camca besar minyak. 
Tumiskan  bahan ( A) sehingga naik baunya.
Masukkan bahan-bahan ( B ) yang Telah digoreng tadi berserta bahan ( C ).
masukkan jugak bahan ( D ) dan air asam jawa.

Akhir sekali Boleh Lah dihidangkan.


Selamat mencuba...

:-)

Selamat berbuka

 #RAMADHAN1438H 
#BIDARARUQYAH 
#JMK 
#UmmiAdrianaBeauty





7 Jun 2017

BUAH MELAKA BUAT BERBUKA PUASA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Hari ni menu berbuka puasa boleh tahan jugak... Buah melaka Kuih tradisi turun temurun .... Khas untuk anak-anak dan cik hubby ...


Resepinya 

1. Tepung pulut - 250 gram
2. Tepung gandum - 2 sudu besar

Intinya

1. Gula Melaka - 1/2 batang ( potong kecik2 gula tu )

Kelapa parut 
Garam secukup rasa 
( kukus sebentar supaya rasanya sedap )

.
Sekali siap memasaknya , cik hubby n anak-anak tidak sabar nak merasanya. Wahh.... Sungguh kenyal betul buah melaka Kali ni... Sebelum ni x jadi macam ni... :-) :-) :-)
.


11 Januari 2017

PENGAT UBI KELEDEK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Pengat keledek buat minum petang...
.
.

Ubi keledek : 2 biji
Santan kelapa : 1 biji
Air : 400ml
Gula merah : 1/2 cawan
Gula pasir : 2 sudu besar
Garam : 1/2 camca
Tepung gandum : 1 sudu besar ( mix bersama air , buat kan mcm cucur )
Daun pandan : 2 helai ( simpulkan )

Cara:

Kupas kulit ubi keledek dan potong dadu ( sederhana besarnya )
Pastu empuk kan ubi keledek untuk berberapa minit dan tos kan dari airnya.
Masukkan gula merah , gula pasir dan DAUN pandan bersama air 400ml sampai mendidih.
Kemudian masukkan ubi keledek yg Telah direbus tadi dan santan se Kali.
Didihkan semua bahan-bahan. 
Masukkan tepung gandum yg telah dimix kan tadi ke dalam pengat tadi.
Setelah siap Boleh Lah dihidangkan untuk seisi KELUARGA..

Selamat mencuba...
.
.

#UmmiAdrianaBeauty
#fiza0173245640


9 Januari 2017

SOTONG MASAK KICAP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Resepi sotong masak kicap dan nasi bubur untuk berbuka nanti.

Simple jer ... Malas Pulak nak memasak banyak ... Hiihihihihi


SOTONG MASAK KICAP:

Sotong - 3 ekor ( potong bulat-bulat jer )

Bawang merah besar : 1 biji ( potong mayang )

Bawang putih : 5 Ulas ( dihiris )

Halia : 1/4 " ( dihiris )

Cili besar merah : 1 biji ( dihiris )

Kicap : 5 sudu 

Minyak masak : 2 sudu

Selamat mencuba resepi tu..


Semoga resepi memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih.














3 November 2016

Spageti Lada Hitam

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Agenda makan malam ini adalah buatkan spageti lada hitam untuk kegemaran cik hubby dan anak-anak.



Makan malam :

Resepi Me Spageti Lada Hitam:

Bahan2:

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Lada hitam.

Sayur2 an:

1. Lobak
2. Tomato.
3. Kobis.

1. Fish cake.
2. Crab stick.
( ayam , daging pun Boleh )

Cara-cara membuatnya:

1. Rebus satu peket spageti sehingga lembut.
2. Kisar bawang merah , bawang putih dan lada hitam.
3. Potong lobak , tomato dan kobis.
4. Hiriskan fish cake @ isi ayam @ daging.
5. Panaskan minyan dan tumiskan bahan2 yang Telah dikisarkan tadi hingga naik baru aromanya.
6. Masukkan sayur-sayuran , fish cake @ isi ayam @ daging.
7. Masukkan dua cawan air sehingga mendidih.
8. Kemudian masukkan spageti dan gaul kan sebati ke semua bahan2 tumisan tadi.
9. Setelah masak Boleh dihidangkan untuk seisi KELUARGA.



Selamat mencuba ....




22 Ogos 2016

KEK NESTUM ADELA ABAM DARWISH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Sudah berhari Abam Darwish minta umminya buatkan kek. Kali ini Saya menggunakan marjerin Adela sepertimana diiklankan di televisyen dan radio sebelum ini. Saya pun Mencuba menggunakan  merjerin adela untuk membuat kek tersebut.



Sudah masak keknya... Guna marjerin Adela.... Lembut, lembab dan gebu ...

Ini Lah hasil air tangan umminya Abam Darwish...

Resepinya....

Planta Adela - 240 gram


Tepung kek - 250 gram
Telur - 4 biji
Gula - 230 gram
Susu pekat - 2 sudu besar ( cair kan 2 sudu besar air masak )
Serbuk nestum - 200 gram 
Perisa vanilla - 1 sudu camca kecil

Cara membuatnya:

Masukkanlah marjerin Adela dan gula. Pukul sampai gebu.
Masukkan perisa vanilla dan telur. Pukul hingga sebati dan gebu.
Masukkan tepung kek dan serbuk nestum sedikit demi sedikit dan adunkan sehingga sebati semua bahan-bahannya tadi.
Oleskan marjerin dan letakkan sedikit serbuk nestum di atas Loyang bulat.
Setelah oven sudah panas , masukkan adunan tersebut dengan suhunya 160'c selama 50 minit ( ikut oven anda ye )
Setelah masak Boleh Lah di hidangkan untuk seisi KELUARGA.

Selamat mencuba ...

#coretan diariku

Sekian.
Terima kasih




19 Julai 2016

RESEPI KUAH KARI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga sentiasa sihat-sihat selalu.


Sebelum ini resepi untuk SINI DAN SINI
Boleh Lah untuk dijamukan para tetamu yang hadir nanti. Hari ini saya sediakan resepi untuk seluruh keluarga nanti. Maaf Lah baru hari ini , share resepi kuah Kari untuk mee ker , bihun ker, nasi himpit ker ... Tidak kisah Lah apa-apa pun.


Bahan-bahannya :

Cili kering ( ikut kepedasan anda ) - anggaran 20 biji cili kering
2 biji Bawang besar ( dikisar )
1 labu bawang putih ( dikisar )
5 sudu besar serbuk kari 
1 senduk minyak masak.
1 kilo udang
1 kilo isi kerang 
1 peket tauhu kosong
1 peket bebola ikan
1 peket fish cake
1 biji santan
400 liter air
Garam secukup rasa.

Cara memasaknya:

Panaskan minyak masak , masukkan bahan-bahan yang Telah dikisar tadi, cili kering, serbuk Kari, sehingga baik baunya dan terbitnya minyak.

Masukkan tauhu kosong , fish cake, bebola ikan , kerang dan udang. Biarkan 5 minit sebati bersama bahan-bahan tadi.

Kemudian masukkan 400 liter air , biarkan mendidih sebentar.

Kemudian masukkan pula santan tadi. Didihkan sebentar. 

Akhirnya sekali letakkan garam secukup rasa. Tutup api setelah masak.

Hidangkanlah untuk seisi KELUARGA dan rakan taulan yang hadir ke rumah.




Selamat mencuba.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.








14 Julai 2016

IKAN SEMBILANG MAK SUNGGUH RANGGUP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Selepas buat resepi rendang kerang cili padi  tadi. Emak saya pula membuat rencah untuk menggoreng ikan sembilang sambal ataupun makan ikan sembilang tersebut makan begitu sahaja...

Menu tersebut adalah menu kegemaran seluruh KELUARGA saya Kasya RAPS3.
Saya amat bertuah adanya EMAK yang memasak lauk pauk dengan air tangannya sendiri. Sampaikan semuanya adik-beradik yang berjauh dengan ayah dan Emak sekali-kali Emak akan memasaklah apa yang adik-adik saya suka. Tidak kisah Lah apa juga hidangannya.










" Aduhai omak den menggoreng ikan sembilang punyalah WANGI gila tu... Dan garing gitu sampai ke tulangnya bila menggigit dan mengunyahnya...."

Rasanya nak jer kuar rumah....

Adik lelakiku pun x Boleh tidur jugak...

 "rasa nak pengsan...
 meleleh air liur ..."

Jom saya sharekan resepi sambal garing ikan Sembilang :




Minyak masak 
Cili kering ( ikut kepedasan anda iye )
Cili padi ( ikut kepedasan anda iye )
5 biji bawang besar ( dikisar )
1 labu bawang putih ( dikisar)
Garam secukup rasa

Cara memasak:

Panas kan minyak masak ( ikut sukatan anda iye )

Tumiskan bahan-bahan kisar tadi.

Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga dan garing dan juga terbit minyaknya.

Kemudian Boleh masukkan ikan Sembilang yang sudah digoreng tadi.






Masukkan garam secukup rasa iye...

Setelah itu Boleh Lah dihidangkan bersama nasi panas. ( Aduh sudah terliur air liur ni.... Hihihih :-) :-) :-) )


Selamat mencuba iye....








RENDANG KERANG ADALAH MENU KEGEMARAN CIK SUAMI KETIKA RAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Salam aidilfitri maaf zahir batin jika ada silap dan salah selama ini.

Selepas menghantar Darwish ke Pasti , saya pergi ke pasar untuk membeli barang-barang basah : belikan mak Senah 2 kilo ikan sembilang dan 2 kilo kerang. Kerang itu saya belikan atas permintaan cik Suami sebelum raya lagi. Hendak dimasak masa di kampung Perak ketika itu. Tapi tiada  kesempatan untuk memasaknya rendang kerang kesukaan cik Suami apabila menjelangnya Hari Raya setiap tahun raya sebabnya saya kurang sihat ketika itu.

Jom saya sharekan menu tersebut:



RESEPI RENDANG KERANG CILI PADI:

2 kilo kerang ( direbus dahulu ).
1/2 kilo santan pekat.
Cili padi blend  ( ikut kepedasan anda sendiri )
5 batang serai ( diketuk )
2 inci kunyit hidup ( ditumbuk halus )


Cara memasaknya :

Masukkan santan pekat, cili padi blend, kunyit, serai dan kerang ke dalam kuali.

Masak semua bahan-bahan tersebut hingga betul-betul kering.

Setelah itu, Boleh Lah dihidangkan bersama-sama nasi himpit dan nasi panas.
( Boleh lihat image diatas)

Selamat mencuba.





15 Jun 2016

KARI AYAM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat selalu.

Macam biasa lah ... Setiap Kali selepas pukul 5:00petang memikirkan hidangan jaudah untuk berbuka puasa macam-macam nak makan. Last sekali... Buat kuah kari ayam dengan bubur nasi dan juga lempeng.


Ayam masak kuah Kari

6 ketul ayam ( cuci bersih dan toskan )

2 biji Ubi kentang
1 biji tomato

Bahan-bahan :

6 ulas Bawang merah 
5 ulas Bawang putih 
 6 biji Cili kering
1/4 halia

( kisar semua bahan-bahan tersebut )

Lalu masuk sekali selepas bahan-bahan tersebut bersama
1 sudu besar serbuk Kari ( saya guna Adabi)

1/2 cawan santan
3 cawan air.


Cara-cara :

1. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan bahan penumis ( bunga lawang, pekak dan batang kayu manis ) ,
2. Masukkan pulak , bahan-bahan kisar dan serbuk Kari sekali. Tumis hingga naik bau aromanya dan terbit minyak.
3. Masukkan ayam , ubi kentang biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
5. Selepas itu masukkan santan pula.
Didihkan semua kuah dan biarkan seketika. Masukkan perasa garam secukup rasa dan masukkan satu biji tomato. Lalu Boleh Lah dihidangkan.

Selamat mencuba.

TIP 

Sekian.
Terima kasih.













KEK ABAM BUNYAMIN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....


Kisah petang semalam ... Buat dalam masa satu jam sahaja untuk menghidangkan hidangan berbuka puasa.

Saya Sambil masak sambal kerang, sup sayur, ikan goreng...

Sambil tu juga tangan ini buat adunan sebiji kek simple jer

Ni sahaja yang tinggal ... Yang setengah lagi sudah dimakan oleh Abam Bunyamin.

Saya namakan kek tersebut KEK ABAM BUNYAMIN





Resepi:

Bahan A

1cawan planta
1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula ( nak kurangkan gula pun bole)
1/2 cawan susu sejat.
2 biji telur saiz B
1 camca perisa vanilla
1 camca ovelet

( bahan diatas saya blend dengan blender , malas nak pukul adunan)

Sediakan pulak:

2 cawan tepung gandum
1 camca baking powder
1 camca baking soda

( campurkan sekali bahan diatas , ayak)

Masukkan bahan A ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit demi sedikit tepung. Sebatikan adunan tersebut.

Kemudian masukkan perisa seperti serbuk nescafe  atau serbuk coklat.

Masukkan Pulak dalam Loyang 4 segi oles kan sedikit planta dalam Loyang trsebut.

Bakar selama 40 minit 190'c ikut Lah oven masing2 ye.. Jangan Pulak terhangus keknya...

Selepas itu Boleh dihidangkan...

Selamat mencuba....


Cik Suami hairan lalu bertanya, " Sekejap je buat kek ? Pastu siap sekali lauk nasi untuk berbuka."

Si Abam Bunyamin menunggu depan oven hingga keknya masak...

Saya cuma senyum sahaja.


< BACA INI JUGA > 






8 Jun 2016

KARIPAP OH KARIPAP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu. 


Semalam punya cerita dok fikir nak buat apa untuk  berbuka puasa. Akhirnya selepas sahaja solat Asar , saya ke dapur buat rencah dan inti karipap. Berperanglah saya kat dapur. 



Maaflah saya tak reti nak buat kelim tepinya. Jadi saya guna terap karipap tu... Bersila Lah saya menerap kulit karipap itu bersama-sama anak-anak.


" Wahhhh.... Ummi buat Karipap... Nyummy..." 

" Iye... Darwish dan alya kan suka makan Karipap kan?"

" Iye , Ummi , terima kasih."


Doh karipap:

2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar planta @ margerin
500gram tepung gandum
1camca garam
1 cawan air 

Cara :

1. Masukkan tepung gandum , minyak masak, planta, garam. Mixkan bahan tersebut.
2. Kemudian masukkan air ke atas tepung tersebut. Uli sehingga menjadi doh.


Intinya pula:


Daging atau isi ayam yang dikisar.
4-5 biji ubi kentang.
2 sudu serbuk Kari Adabi.
Bawang kisar.
2 sudu minyak masak.
Daun Kari.
3 cawan air


Cara menumis:

1. Masukkanlah bahan-bahan yang dikisar dan daun kari tumiskan hingga baik baunya.
2. Kemudian masukkan serbuk kari.
3. Kemudian masukkan ubi kentang serta daging kisar.
4. Masukkan pula air kedalam bahan-bahan tersebut. 
5. Empukkan semua itu.
6. Daun sup dan daun bawang berserta perasa garam secukupnya.




Maaflah imagenya kurang jelas.


Tersenyum sampai ke telinga Cik Suami tengok saya buat karipap kesukaannya.






Selamat mencuba resepi itu. Simple sahaja.

Sekian.
Terima kasih.







21 April 2016

MENU MAKAN MALAM ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Menu makan malam kami sekeluarga Asam Pedas Ikan Pari


Selesai sahaja membuat kerja-kerja rumah … Tiba lah masa untuk menyediakan hidangan menu makan tengahari dan malam.. . kebiasaan memang masak lauk lebih.

Menu hari ini adalah resepi dari air tangan emak saya iaitu ASAM PEDAS TUMIS tidak kisah apa jenis ikannya… Emak kalau memasak ASAM PEDAS TUMIS sampai tidak ingat orang belakang… ASAM PEDAS TUMIS adalah makanan kegemaran saya sebelum berkahwin… setiap kali masuk dapur bersama dengan emak saya mesti menolongnya sampai dapat belajar ilmu memasak tersebut.


Hari ini saya ingin berkongsi resepi ASAM PEDAS TUMIS emak untuk pembaca blog:

Ikan : pilih salah satu sahaja


1. Ikan pari
2. Ikan tenggiri
3. Ikan kembung
4. Ikan cencaru ( a.k.a ikan jaket )


Bahan – bahan untuk menumis menaikkan aroma bila memasak:


1. 1 senduk minyak masak
2. ½ sudu camca biji halba
3. 2 biji bawang putih ( diketuk )


Bahan –bahan untuk dikisar

1. 50 gm cili kering ( direbus dan dibuang biji cilinya)
2. 10 biji bawang merah kecil
3. 2 cm halia
4. 1 cm kunyit hidup
5. ½ inci belacan



Sayur-sayuran :

1. Kacang bendih
2. Tomato
3. Terung
4. 3 helai daun limau purut / daun kesum / bunga kantan ( pilih salah satu)
5. Segenggam asam jawa
6. 500 ml air


Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan biji halba sehingga naik bau aromanya.

2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisarkan tadi sehingga naik bau aromany.


3. Masukkan ikan pilihan anda dan biarkan beberapa minit.


4. Masukkan 500ml air ke dalam asam jawa dan tuangkan ke dalam bahan ditumis tadi. Biarkan seketika sehingga mendidih.

5. Setelah mendidih masuk kan sayur-sayuran daun limau purut @ daun kesum @ bunga kantan.

6. Masukkan garam sebagai perisa makanan.

7. Boleh dihidangkan untuk seisi keluarga

**** hari ini lain pula rasa ASAM PEDAS TUMIS SEBAB SUDAH LAMA TIDAK MEMASAKNYA …SEDAPNYA..






**** SEKIAN. TERIMA KASIH .


**** SELAMAT MENCUBA.






19 April 2016

KUIH DANGAI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Akhirnya jumpa juga resepi kuih kegemaranku sejak kecil. Last makan sebelum arwah nenek buatkan. Itu lah kali terakhir menjamahnya kuih tersebut.

Kalau tidak silap saya Lah.. Kuih tersebut orang Jawa makanannya. Kalau salah saya minta maaf ye... ( hihihi )

Oklah hari ini , ini lah kali pertama saya mencuba semula resepi kuih itu:

Not bad rasanya :


 Kuih Dangai 

Bahan-bahannya:

3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus

Cara-cara Membuatnya:

1.  Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan

2.  Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam 
     dan gaul rata.  Pastikan kelapa tidak berketul-betul.

3.  Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.

4.  Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu 
      dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.

5.  Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.

6.  Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata,   ianya tidak perlu ditekan.

7.  Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan...

Siap untuk hidangan Sekeluarga
Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang

Selamat Mencuba :) 



18 April 2016

NASI SUP AYAM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Sudah lama , Si Darwish tidak makan nasi dengan kuah. Kuah sup ini selalu makan bersama dengan mi kering sahaja. Kali ini si Darwish minta nasi campur bersama dengan kuah berselera nampaknya. Bertambah-tambah nasinya.


NASI SUP AYAM

NASI PANAS

KUAH:
ISI AYAM
BAWANG KISAR

HIRISAN HALIA
REMPAH SUP
UBI KENTANG
TOMATO.

CARA:
TUMISKAN BAWANG KISAR.
MASUKKAN ISI AYAM. BIARKAN SEKETIKA HINGGA NAIK AROMA BAUNYA.
MASUKKAN AIR 3 CAWAN DAN BIARKAN IA MENDIDIH.
SETELAH ITU, MASUKKAN REMPAH SUP , HIRISAN HALIA, UBI KENTANG, TOMATO , GARAM SECUKUP RASA, DAUN SUP. RENEHKAN KUAH TERSEBUT JADI PEKAT. SEMUANYA SUDAH SEBATI
BOLEH DI HIDANGKAN UNTUK SEISI KELUARGA.

SELAMAT MENCUBA...



" Terima kasih , Ummi... Sungguh sedap sangat. Nanti buat lagi ye..."

" ok sayang .... "


Sekian.
Terima kasih.


16 April 2016

ANAK - ANAK SUKA BUBUR NASI AYAM DI KALA DEMAM SELSEMA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Hari ini, menu untuk makan tengahari bubur nasi ayam. Sebabnya memasak menu tersebut , anak-anak tengah demam selsema. Anak-anak tiada selera makan. Bubur nasi ayam ini kegemaran anak-anak terutama sekali si Alya. Alya suka sangat bubur tersebut.

Resepi Bubur Nasi Ayam

Bahan:

Beras - 1 cawan
Air ( lebih air pun tidak mengapa )
Isi ayam.
Hirisan halia
Perasa garam

Hiasan
Daun sup
Bawang goreng

Cara :

Cuci beras hingga bersih. Masukkan air dan
Hirisan isi ayam dan halia.
Tanak semua sekali.

Setelah nasi menjadi lembut , masukkanlah perasa garam secukup rasa. Kemudian masukkanlah daun sup dan bawang goreng. Boleh Lah hidang bubur nasi ayam.


Selamat mencuba.

Cik Suami pun suka makan bubur nasi ayam juga..





ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign