UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

31 Julai 2016

#DOA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Aammiin Ya Rabbal Aalamiin


29 Julai 2016

MENONTON DRAMA ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK


Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....


Sekarang ni tengah menonton drama ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK. Menahan perut menahan gelak. Sampaikan si Darwish pun gelak besar menontonnya jugak...




SINOPSIS ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK

Safirah telah dua bulan berkahwin dengan Zharif namun tidak pernah memasak untuk suaminya, menyebabkan mereka seringkali bergaduh. Keadaan mula berubah apabila Zharif mula kerap mengunjungi restoran yang dimiliki bekas teman wanitanya Hanna. Dapatkah hubungan mereka bertahan? Lakonan Zara Zya, Ajak Shiro, Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, dan Wan Sharmila.




Jom tonton




ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK


KEKURANGAN SALAH SATU ADIK-BERADIK DI HARI RAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Setiap kali raya mesti ada yang kurang... Lihat foto dibawah ini...


RAYA 2014

RAYA 2015

Ada sahaja yang kurang seorang. Tahun ini , 2016 tiada foto adik-beradik , giliran saya , angah , dibah balik ke rumah KELUARGA sebelah Suami memasing. Jadi rumah Emak dan ayah di Pulau Sebang tiada Anak , menantu dan cucu bermain bunga api di halaman rumah Atok Yah dan Bah Senah , Pak cik Shahul, Mak su Kembar Yanna dan Yati. Tentu malam raya 2016/1437 ini mereka boring....

Tidak mengapa Lah. Insya Allah raya akan datang kami sekeluarga berkumpul di rumah Atok Yah dan Bah Senah.

24 Syawwal 1437h / 28 Julai 2016 JUMAAT @ 12:11 tengahari.


Sekian. Terima kasih.

28 Julai 2016

NASIHAT AYAHANDA LUQMAN AL HAKIM MENJADI PEGANGAN HIDUPKU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....




" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."

( Surah Luqman ayat 31:14 )

Tidak pernah lupa akan nasihat mereka itu padaku dari Saat kelahiran hingga sudah berkahwin kini.... Aku ingat SUSU IBUKU yang mengalir dalam badanku ini.... Aku ingat NASI yang diSuap kan ke dalam tubuhku ini .... Sampai bebila aku akan ingat sehingga jasad Ku dibaluti kain putih pada suatu hari nanti.... Ampunikanlah segala dosa-dosaKu ini... Ya Allah,  Aku sayang kan mereka berdua... 

Sekian.
Terima kasih


27 Julai 2016

AKTIVITI MENCABUT RUMPUT PANJANG DI HALAMAN RUMAH OPAH CU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Walaupun keadaan saya ini kurang sihat sangat tapi kena buat juga segala kerja rumah membasuh , mencuci, mengemop dan menyapu lantai, menyidai pakaian di ampaian. Saya juga pergi mencabut rumput panjang sampai ke lutut bersama anak-anak selepas beberapa hari hujan turun sejak akhir-akhir ini. Punyalah anak-anak suka bermain pergi mengambil semua rumput tersebut ke tempat pembakaran sampah. Berpeluh-peluh anak-anak bermain di bawah cahaya matahari.


Saya panggil anak-anak tutur serta mencabut rumput panjang tu...


" Sementara Opah Cu pergi kerja , jom anak-anak Ummi cuba cabut rumput tu... "

" Ok , Ummi... "

" Nanti Opah balik dari kerja tentu opah suka kan. "

" Iye , Ummi...."



Aktiviti mencabut rumput panjang di halaman rumah opah



" Ummi, lihat rumput .."


Sukanya anak-anak Cuba nak mencabut rumput panjang


Dilonggokkan di tempat pembakaran sampah. Sudah Kering Boleh Bakar.






ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign