UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

23 Mac 2017

PERMOHONAN TAHUN SATU AMBILAN 2018/2019

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Permohonan Tahun Satu (1) ambilan 2018/2019 bermula 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017


Untuk Pendaftaran Atas Talian ( Online ):


Atau 


Semoga ia memberikan manfaat buat anda sekeluarga.

Sekian.
Terima kasih.


18 Mac 2017

LIRIK LAGU AJARI AKU ANUAR ZAIN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Lirik Lagu AJARI AKU BY ANUAR ZAIN


Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki
Rasa yang luar biasa
Untuk ku dan untuk mu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Kerna kau cahaya hidupku
Malamku tuk terangi jalanku
Yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….
[Ajari aku tuk bisa mencintaimu (2kali)]
Mungkinkah semua akan terjadi
Pada diriku
Hanya engkau yang bisa…
Mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….
[Hanya engkau yang bisa]
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti[Mengerti]
Semua inginku….
Ajari aku untuk bisa mencintaimu

 

Kredit oleh : SINI LIRIK LAGU 4U



15 Mac 2017

JOM KITA AMALKAN TIPS UNTUK KEKAL SIHAT KETIKA MUSIM PANAS NI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Jom kita amalkan tips kekal sihat di musim panas :


Sumber dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Antara tipsnya adalah seperti berikut :

1. Memakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan.

2. Lebih kan masa berada di dalam Rumah dan hadkan aktiviti luar.

3. Tidak duduk di dalam kenderaan yang tertutup Tanpa penghawa dingin.

4. Memakai losyen pelindung suria ( SPF ke atas lebih baik )

5. Kurang kan minuman berkafein , alkohol dan bergula.

6. Memakai pakaian yang ringan , berwarna terang dan longgar.

7. Mengambil minuman berisotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh.

8. Menggunakan kipas atau penghawa dingin untuk menyejukkan badan.

9. Memperbanyakkan minum air kosong Tanpa mengira tahap aktiviti fizikal.
.

Semoga tips di atas memberikan manfaat untuk anda sekeluarga untuk kekal sihat sejahtera di musim panas ni. Dan jaga diri anda sekeluarga selalu.
.

Sekian.
Terima kasih.


14 Mac 2017

MAHU KAN KERJA DENGAN GAJI 3X GANDA LEBIH BESAR ?

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Sihat itu REZEKI

Bahagia itu REZEKI

Banyak masa juga REZEKI

Disayangi juga REZEKI

Tak putus duit itu REZEKI

DAPAT APA-APA PUN REZEKI.

JADI, BERSANGKA BAIK BERSAMA ALLAH SWT kerana Allah MAHA PEMBERI REZEKI.


 

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA SEMUA.

SEKIAN.
TERIMA KASIH

28 Februari 2017

PELBAGAI MANFAAT VITAMIN C YANG HEBAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Manfaat-manfaat Vitamin C yang Hebat.



Vitamin C adalah nutrien yang paling dikenali dan popular kerana penggunaannya yang meluas sebagai suplemen diet. Selama bertahun-tahun, Vitamin C semakin menjadi keutamaan bagi manusia. Ia adalah vitamin penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu di dalam badan kita kerana badan kita tidak menyimpan Vitamin C secara semula jadi. Ini bermaksud kita perlu mengambilnya secara tetap untuk menjaga tubuh kita agar sentiasa sihat. Namun begitu, apa sebenarnya yang dilakukan oleh
Vitamin C? Senarai di bawah menunjukkan beberapa manfaat
Vitamin C yang paling hebat.

1
Meningkatkan Imuniti



Pengambilan Vitamin C yang secukupnya melindungi badan kita daripada jangkitan dan mengekalkan tulang serta gigi yang sihat. Ia juga meningkatkan keupayaan badan kita untuk membaiki luka dan mencegah daripada bakteria, virus dan jangkitan.

2
Pulih dari Selsema dengan
 Lebih Cepat



Vitamin C mengurangkan kesan-kesan selsema yang teruk dan bertindak sebagai antihistamin yang berkesan untuk mengurangkan kesan selsema biasa yang tidak menyenangkan termasuk keradangan, hidung berair dan kesakitan. Ia mengurangkan tahap histamin dan kerap kali memendekkan tempoh mengalami selsema.

3
Peredaran Darah yang 
Lebih Lancar




Pembuluh-pembuluh darah yang tersumbat menyebabkan serangan jantung. Ini kerana pembuluh-pembuluh darah tidak diluaskan dengan cukup tetapi dengan bantuan Vitamin C, ia memastikan pengembangan pembuluh darah dengan betul, melindungi badan anda daripada pelbagai penyakit berkaitan jantung.

4
Mengurangkan Paras 
Kolesterol



Menghadapi masalah dengan kolesterol walaupun anda menjaga diet anda? Ia berkemungkinan anda mengalami kekurangan Vitamin C. Vitamin C dikatakan dapat meningkatkan penukaran kolesterol ke dalam garam hempedu yang boleh disingkirkan daripada badan dengan mudah.

5
Menghasilkan Kolagen



Vitamin C adalah satu komponen yang diperlukan untuk pengeluaran hidroksiprolina dan hidroksilisina, kedua-duanya diperlukan untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Kesannya adalah untuk memejal dan menegangkan kulit. Kolagen meremajakan kulit dari akar dan mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan.

6
Mempercepatkan 
Penyembuhan



Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak dan membantu menyembuhkan luka pada kadar yang lebih cepat. Luka yang sembuh secara perlahan menandakan kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan membantu mewujudkan tisu parut serta ligamen untuk pemulihan yang cepat.

7
Meningkatkan Pertumbuhan 
Rambut




Vitamin C adalah salah satu daripada nutrien yang paling berkesan untuk membantu menumbuhkan dan menguatkan rambut. Vitamin C membantu membina kolagen yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut. Ia juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kekuatan rambut dengan menyerap zat besi, mengekalkan rambut yang kuat dan sihat.

8
Memerangi Kelemumur 



Folikel rambut kita sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering lagi berkeping-keping. Ini boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat, dan juga menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria pada kulit kepala – ia mencegah kelemumur dan membantu untuk menghilangkan serpihan folikel dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

Sekarang anda sudah mengetahui manfaat Vitamin C, jadi mulalah mengambil Vitamin C secara harian untuk kesihatan, kulit dan rambut yang lebih baik. Pastikan anda mengambilnya dalam dos yang disyorkan!

Diadaptasi daripada:
www.stylecraze.com
Cosway Malaysia




ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign